Jumaat, 17 April 2015

PERSETUJUAN DALAM MEMBUAT PESANAN ILMU HIKMAH.


Gambar Hiasan
Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung. Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HITAALA WABARAKATUH……

Gambar Hiasan
Amalan hikmah adalah suatu amalan kerohanian yang diambil dari ayat-ayat suci Al-Quran, yang diamalkan dengan tujuan tertentu. Dalam ayat-ayat Al-Quran sangat banyak fungsinya yang dapat dimanfaatkan dalam pelbagai hal. Kerana dalam amalan hikmah sendiri masih dibahagi lagi tingkat kematangan ilmunya, bila seseorang hamba ikhlas mengamalkannya dan telah diamalkan dalam waktu yang lama, maka amalan hikmah itu sendiri akan mendarah daging dalam tubuhnya atau menyatu dan sudah menjadi kebiasaan untuk mengamalkannya.

Maka Allah s.w.t. akan mengabulkan dan memenuhi permintaan hambanya tersebut, lantaran ayat-ayat Al-Quran yang diamalkannya, Insyaallah bila kita dalam keadaan yang terdesak atau mengancam nyawa kita, maka Allah s.w.t. akan memberikan pertolongan melalui para malaikatnya. Aamiin.


PERSETUJUAN DALAM MEMBUAT PESANAN ILMU HIKMAH.

Demi kebaikan bersama, apabila anda memesan amalan ilmu hikmah, maka anda dianggap sudah setuju dengan semua pernyataan dibawah.
Gambar Hiasan
  1. Anda memesan amalan ilmu hikmah adalah dengan suatu keinginan anda sendiri, bukan paksaan.
  2. Ketika anda memesan amalan ilmu hikmah bukan beerti anda membeli ilmu, membeli hikmah atau membeli berkah. Jangan anggap ini sebagai jual beli, kerana ilmu, hikmah dan berkah adalah dari Allah s.w.t., tidak mungkin diperdagangkan. Dan jangan berharap, dengan membayar sejumlah wang, maka anda langsung mendapat ilmu secara instant, kerana belajar ilmu hikmah perlu proses sebagaimana belajar ilmu-ilmu yang lain.
  3. Mahar yang kami tentukan jangan dianggap bahawa kami menilai ilmu dengan wang, namun anggaplah ia sebagai biaya pengurusan yang sewajarnya. Sebagaimana ketika anda mengikuti kursus di Kolej dan seumpamanya.
  4. Keikhlasan sangat penting, kerana apabila anda masih berfikir dengan prinsip jual-beli, maka anda akan sulit mendapat kejayaan dalam belajar ilmu hikmah.
  5. Amalan ilmu hikmah hanya boleh digunakan untuk kebaikan.
  6. Pesanan ilmu hikmah dari anda tidak boleh dibatalkan apabila risalah Panduan telah dikirimkan, walau dengan alasan apapun.
Ketika anda memesan amalan ilmu hikmah, kami menganggap anda sudah memahami penjelasan-penjelasan yang telah kami utarakan


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbh

    Tok,

    Saya ingin membuat pesanan pengijazahan 2 keilmuan di atas iaitu:

    1. Perisai Lam Jalallah
    2. Ilmu Jabat Ikhlas

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam